**********OPENING BLOG 26 MEI 2010**********

HAPPY SHOPPING WITH CLOTH DIAPERS & KIDS BABY WEAR



AZCutieKidsShoppe
menjual Lampin Kain Moden @ Cloth Diapers yang cute-cute. Berbaloi berjimat dengan Cloth Diapers nie di samping kite memelihara alam sekitar kite daripada tercemar. Jom shopping di AZCutieKidsShoppe.

GOO GREEN !!!

PENJAGAAN & PENGGUNAAN CLOTH DIAPERS

PENJAGAAN & PENGGUNAAN LAMPIN KAIN MODEN (CLOTH DIAPERS @ CD)

1. Lakukan Pre Wash CD & INSERT sekurang²nya 3 kali dengan air suam tanpa sabun. Ianya adalah untuk menghilangkan kotoran dari kilang dan meningkatkan daya serapan basahan. Harus di ingat semakin banyak anda basuh, semakin baik daya serapan CD anda, dan ini boleh elakkan kebocoran. Jika anda baru gunakan CD, jgn panik jika adanya kebocoran...mungkin daya serapan tidak begitu baik lagi. Teruskan guna CD anda, InsyaAllah bila dah banyak kali basuh, prestasi CD anda akan bertambah baik.

2. Masukkan INSERT ke dalam poket CD (insert dibuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit baby kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi kulit baby). Pastikan ianya ditolak kemas sampai ke bahagian depan. Boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti disposal diaper). Bagi baby yang ‘heavy wetter’ , boleh masukkan / gunakan 2 INSERT ke dalam poket cloth diapers. Apabila hendak menukar insert harus tukar CD sekali walaupun ‘microfleece’ (bahagian dalam CD yang kena kulit bayi) ini sentiasa kering bagi mengelakkan bacteria dan ruam.

3. Selepas pemakaian, keluarkan INSERT dari poket CD. Jika tiada PooPoo, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa. Seelok-eloknya dimasukkan ke dalam ‘LAUNDRY NET’ supaya CD lebih tahan lama. Kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa). Jika ber PooPoo pula, buang poo-poo ke dalam toilet bowl, pancutkan dengan air yang deras untuk tanggalkan sisa poo-poo, seterusnya lakukan seperti langkah si atas. Kesan kekuningan akan hilang jika anda jemur di bawah sinaran matahari.

4. Andaikata CD tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan tidak boleh lebih dari 3 hari. Jangan risau material CD susah untuk berbintik hitam.

5. Jangan gunakan sebarang agen peluntur atau pelembut fabric semasa membasuh. Agen peluntur akan merosakkan CD dan agen pelembut akan mengurangkan daya serapan pada CD & INSERT.

6. Sekiranya anda sudah lama menggunakan CD dan insert nampak kekuningan, JANGAN gunakan agen pemutih untuk memutihkannya. Anda bolehlah perahakan air limau nipis pada ‘INSERT’ yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh atau boleh dicampurkan sedikit soda bikabornat semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi JANGAN dibuat pada CD kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar cloth diapers) yang boleh mengakibatkan kebocoran. Jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur di tengah panas matahari atau pun setelah ‘INSERT’ dibasuh berulang kali. Matahari adalah peluntur yang terbaik untuk CD dan INSERT.

7. Sebulan atau seminggu sekali, lakukan ‘stripping’ iaitu dengan membersihkan bahagian ‘microfleece’ CD dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya ‘Sunlight’, kemudian dibilas bersih-bersih supaya ‘microfleece’ dapat berfungsi dengan baik. Biaanya apabila CD sudah lama digunakan dan Nampak seperti ‘microfleece’ kurang menyerap atau air kencing keluar mengikut tepi CD, maknanya ‘stripping’ perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada ‘microfleece’.


TIPS  NAK “STRIPPING” CD
Stripping adalah satu kaedah mencuci CD untuk buang sisa sabun yg terkumpul (built-in detergent/ built-in residue) dan kesan minyak dari poo-poo baby.. elok buat sebulan/ 2 bulan sekali atau bila CD mula bocor sbb tak dpt serap dgn baik..

First…stripping insert sahaja dengan masukkan insert ke dalam mesin basuh dan rendamkan insert tersebut dengan cuka dalam anggaran 20 minit. Buang air rendaman tersebut dan basuh seperti biasa tanpa sabun. Setelah basuh insert tersebut, masuk kan cd bersama insert, kemudian basuh dengan menggunakan sabun sunlight(sabun basuh pinggan). Soda bikabornat di masukkan pada bilasan terakhir basuhan.

**Elakkan daripada cd terendam dengan cuka atau air panas kerana ianya akan menyebabkan berlakunya kerosakan pada material cd tersebut.


SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment