**********OPENING BLOG 26 MEI 2010**********

HAPPY SHOPPING WITH CLOTH DIAPERS & KIDS BABY WEAR



AZCutieKidsShoppe
menjual Lampin Kain Moden @ Cloth Diapers yang cute-cute. Berbaloi berjimat dengan Cloth Diapers nie di samping kite memelihara alam sekitar kite daripada tercemar. Jom shopping di AZCutieKidsShoppe.

GOO GREEN !!!

INFORMASI MENGENAI CLOTH DIAPER

INFO INSERT BAMBOO


- MERUPAKAN GABUNGAN ANTARA BAMBOO, COTTON & POLYESTER.

- FABRIK YANG ' BREATHABLE' ( MEMBERI KESELESAAN KEPADA BAYI ), SEJUK, LEMBUT, BERSIFAT RINGAN & TIDAK TEBAL.

- BERUPAYA MENYERAP & MENAKUNG LEBIH CECAIR BERBANDING MIKROFIBER. 
( MIKROFIBER HANYA MENYERAP TAPI TIDAK MENAKUNG ).

- AMAT SESUAI DIGUNAKAN OLEH BABY YANG 'HEAVY WETTER' ATAU UNTUK PENGGUNAAN MALAM.

- MEMPUNYAI SIFAT ANTI BAKTERIA SEMULAJADI MAKA LAMPIN BAYI ANDA TETAP BERBAU SEGAR, LEBIH BERSIH & LEBIH SIHAT.

- BOLEH DILETAK TERUS DI ATAS FLEECE IAITU LAPISAN YANG BERSENTUHAN DENGAN KULIT BAYI.( BAGI BAYI YANG SENSITIF TERHADAP FLEECE ). INI KERANA PROSES PEMUTIHAN FABRIK BULUH TIDAK MENGGUNAKAN KLORIN, MAKA AMAT SESUAI DIGUNAKAN OLEH BAYI YANG BERKULIT SENSITIF.

- UNTUK DAYA SERAPAN YANG LEBIH BAIK, GABUNGKAN BERSAMA INSERT MIKROFIBER DENGAN CARA INSERT MIKROFIBER DI ATAS, INSERT BAMBOO DI BAWAH. ( INSERT MIKROFIBER MENYERAP CECAIR LEBIH PANTAS DARI BAMBOO )

- UNTUK PERTAMA KALI PENGGUNAAN, DISYORKAN REBUS DENGAN AIR PANAS SUPAYA DAPAT KELUARKAN MINYAK2 SEDIA ADA YANG TERDAPAT PADA BAMBOO.

- KEMUDIAN PREWASH 6-7 KALI TANPA SABUN UNTUK KUASA SERAPAN YANG LEBIH BAGUS SEBELUM BOLEH DIBASUH DENGAN CD & INSERT LAIN.
 
 
 

INFO WASHABLE LINER


1. Melindungi Diaper
Dapat melindungi diaper dari kotoran yang sukar dihilangkan terutama apabila baby anda membuang air besar.

2. Membantu Agar Baby Anda Sentiasa Terasa Lebih Kering Semasa Memakai Cloth Dia
pers
Ini bermakna ruam lampin pada baby anda akan sembuh dengan lebih cepat.

3. Pelbagai Kegunaan
Selain washable liner ini digunakan bersama cloth diapers, ia juga boleh digunakan bersama lampin pakai buang.

4. Melapis & Melindungi Kulit Baby Dari Bersentuhan Secara Langsung Dengan Bahan Kimia
Bagi mereka yang masih menggunakan lampin pakai buang liner ini sangat berguna bagi melindungi kulit baby anda dari bersentuhan secara langsung dengan bahan kimia yang terdapat dalam lampin pakai buang.

5. Membantu Mengurangkan Ju
mlah Penggunaan Cloth Diapers & Juga Lampin Pakai Buang
Washable liner ini amat berguna bagi baby yang baru lahir (newborn) yang kerap buang air besar tetapi dalam jumlah yang sedikit. Anda hanya perlu menukar liner sahaja setiap kali baby buang air besar dan tidak perlu menukar keseluruhan cloth diapers atau lampin pakai buang dengan lebih kerap. Washable liner ini juga sangat sesuai diguna
kan sewaktu baby anda mengalami masalah cirit-birit yang memerlukan penukaran lampin dilakukan dengan lebih kerap.

6. Menjimatk
an Wang Anda
Washable liner boleh dibasuh dan digunkan berulangkali berbanding dengan liner pakai buang yang hanya bo
leh digunkan sekali sahaja.
7. Bebas Dari Bahan Kimia & Selamat Digunakan
Washable liner ini dibuat dari kain yang tahan lasak tetapi lembut kepada kulit baby dan tidak mengandugi bahan kimia. Maka, ianya selamat digunakan dan tidak memberi kesan sampingan kepada kulit baby anda.

CONTOH CARA PENGGUNAAN WASHABLE LINER




 KENAPA PERLU GUNA CLOTH DIAPERS (LAMPIN KAIN MODEN)???

1. Guna material kain semulajadi (cotton). Cotton merupakan jenis kain yg paling semulajadi utk diletakkan pada kulit bayi. Tiada gel atau bahan kimia lain.
Anda tahu tak bgmn Disposable Diaper bekerja? Tahu tak apa yg ada di dlmnya? Tentulah kita tidak tahu, sbb takde bhn2 ramuan tertulis pada pembungkusnya. Ok, cuba ini ; potong diaper itu kd 2 bhgn. Tuangkan air pada 1 bhgn dan lihat apa yg berlaku. Terdapat kristal2 kecil yg akan bertindak balas dan berubah kpd bentuk gel setelah ia terkena pd air tadi. Gel ni akan menyimpan air kencing dan juga menyerap segala lembapan semulajadi pd kulit baby. Akibat drnye, kulit baby kena ruam/kerengsaan kulit.
Ape kandungan tuk hasilkan DD?? Lihat lah fakta yang menakutkan ini:
* Dioxin - bahan yg terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA
* Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.
* TRIBUTYL TIN (TBT) - Dilabel sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.
* CRUDE OIL - Satu cawan penuh 'crude oil' telah digunakan utk menghasilkan satu dispo diaper. Crude oil tu mcm petroleum

2. Alam persekitaran kita terjaga dan terpelihara.
Seorg bayi akan menggunakan sehingga 7,000 disposable diapers atau pun 80 cotton diapers. Satu dispo hanya akan dipakai selama 2 jam atau paling lama 4 jam (ada ke yg lebih lama dari itu???!) Bayangkan bahan yg telah digunakan hanya utk membuat bahan yg akan dipakai utk 2 jam (atau lebih??). Dan pikirkan juga di mana akhirnya dispo itu??
Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Bayangkan berapa tahun semua DD yang anak kite pakai akan lupus dr permukaan bumi ini? Ingat, bumi ini bukan diwarisi dari nenek moyang kita. Tapi dipinjam dari anak cucu kita.

3. Kurangnya ruam dan gatal.
Sbbnya tak de lagi berlaku tindak balas bhn kimia terhadap kulit baby. Lebih lama dispo dipakai, lebih senang ruam gatal berlaku!! Perkara ini jarang berlaku apabila menggunakan CD sbbnya bila dah basah, baby pun rasa tak selesa lagi..Kena tukar CD baru.
4. Senang utk digunakan.
Betul!! Kalau dulu ye la. Nak kena ada pin, seluar getah, masa utk lipat kain lampin tu. Tapi skrg, rekaan baru dan moden yg sgt memudahkan dan menyenangkan. Tahap serapan pun lebih baik dan setanding DD!! Sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit baby.
5. Anak kita akan cepat belajar buang air sendiri..
sbb mereka boleh merasakan kebasahan pada diaper apabila ia sampai ke tahap 'maksima'. Baby yang menggunakan CD juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam CD (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding DD. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai DD memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan (3-4tahun), sedangkan bayi yang memakai CD masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak kite akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas.
6. Laporan dari German dan England mengatakan bhw terdapat hubungkait di antara penggunaan dispo dgn kesuburan pada budak lelaki (bilangan sperma berkurangan).

7. DD juga dikaitkan dengan Asma (lelah).

8. Kain lampin sangat menjimatkan!!
Anda akan berjimat sehingga RM3500 apabila menggunakan Cloth diapers. Mmgla masa bayi baru lahir, dispo sgt murah (taktik pengeluar DD menarik perhatian anda), tapi ia akan bertambah mahal apabila anak kita membesar.
9. Penggunaan DD merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin.


Penjimatan kos dengan menggunakan CD dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:

Kos bagi lampin pakai buang (DD)
Si manja menggunakan 7 DD sehari pada kos RM0.60 setiap satu (kos standard DD)RM0.60 X 7= RM4.20 sehari
RM4.20 X 365 hari= RM1533 setahunRM1533 X 3 = RM4599 untuk 3 tahun
[3 tahun purata usia si manja pandai ke tandas sendiri]

Anda perlu mengeluarkan jumlah wang yang sama untuk anak yang kedua, ketiga dan seterusnya...


Kos menggunakan lampin kain moden (CD)Untuk kemudahan, sekurang-kurangnya 12 helai diperlukan.

Sehelai lampin (CD) : RM33
Beli 12 helai : 12 x RM33 = RM396Beli 24 helai : 24 x RM33 = RM792.00 sahaja[lebih banyak lampin, lebih tahan lama kerana lambat lusuh]

Kos ini akan kekal sepanjang 3 tahun dan boleh menggunakan lampin yang sama sekiranya ingin menambah cahaya mata yang baru J

Penjimatan : RM4599 (DD) - RM792 (CD) = RM3807!!!
*** PENGIRAAN NIE JUST ANGGARAN***

No comments:

Post a Comment