Assalamualaikum & salam sejahtera untuk customer AZCutieKidsShoppe, juga jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa melayari blog kami. Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi pengalaman & juga sedikit maklumat tentang Cloth Diaper (CD) sepanjang saya menggunakannya kepada 2 orang princess saya Auni & Aira. Alhamdulillah... secara tak langsung saya & husband dapat la save money. Disamping tu gak, dapat la membantu menjaga alam sekitar kita daripada pencemaran.So, pengalaman serta maklumat yang saya kongsi nie terpulang la nak ikut atau pun tidak... just info untuk semua ye...
HaPPy ClotH DiaPeriNG :-)
First saya nak cerita la pengalaman saya nak mula pakai CD nie. Masa tu saya tengah mengandungkan budak cute yang namanya AiRa nie. Dalam masa yang sama kawan saya introduce saya CD nie, masa tu blur2 gak, ingatkan CD untuk tengok movie ke apa ke kan...hiks, rupanya Cloth Diapres @ Lampin Kain Moden sama mcm lampin orang dulu-dulu pakai tapi nie yang moden punya la n menarik serta cute mata memandang. Mula2 tu lama gak berfikir nak gunakan CD nie sebab pikirkan M A L A S nak membasuhnya. So, setelah dalam usia kandungan saya masuk 7 bulan, rase mcm nak cuba jer untuk Aira, so saya pun bercadang untuk beli la sikit2, maklum la kalau nak beli sekali gus money nya kena banyak kan. Saya beli time ada promosi, murah sikit... Bila dah dapat CD tu, nampak cute lak CD tu & macam tak sabor nak gunkan untuk baby... masa tu saya beli CoolaBaby CD, warnanya memang nampak menarik.
Setelah lahir Baby Girl saya Nur Aina Zuhairah pada 12 Februari 2010, saya tak la terus pakaikan sebab rase tak dapat nak manage oleh kerana berpantang sendiri kat Sarawak nie, belikan mak & abah tiket untuk jaga saya berpantang pun dah seminggu bersalin baru mereka datang (tersalah tarikh beli tiket). So saya mula pakaikan pada Baby Aira setelah saya beransur pulih. So, saya mula pakaikan sehingga lah ke hari nie, alhamdulillah hasilnya dapat save money & perbelanjaan untuk beli lampin pakai buang boleh digunakan untuk kegunaan yang lain. Bila dah pakaikan pada Baby Aira rase puas hati sangat2. Alhamdulillah gak pengasuh Aira sanggup untuk pakaikan CD tu pada Aira ( terima kasih Mama Mila). Saya juga pakaikan untuk anak sulong saya Auni yang masih pakai lampin pakai buang. Auni pakai jenis Give From Heaven (GfH) CD kerana cutting nya adalah lebih besar. Auni pun suka pakai sebab banyak butang & dia suka ngan warna dia yang menarik. Katanya, sama macam Aira. :-)
Ok..lepas nie saya cerita lak rutin harian saya mengerjakan CD nie, berserta gambar sekali saya sediakan. Harap apa yang saya tunjukkan dapat kongsi pengalaman dan sedikit maklumat untuk anda semua. Kalau nak ikut cara saya boleh la gak nak ikut, terpulang pada masing2 punya cara nak manage.
CD KAT DALAM COOLABABY WETBAG
Nie la CoolaBaby Wetbag yang dipenuhi ngan CD setiap hari bekerja yang di bawa pulang ke rumah dari umah pengasuh.
PROSES MEMBASUH CD
Kenapa kita basuh CD nie atas 2 sebab je samada serapan air kencing (pee) atau terkena najis (poo). So, saya akan tujukkan la cara saya basuh untuk kedua-dua sebab nie sebarapa ringkas dan mudah.
Kalau CD kena Pee
Kalau kena pee, tak susah sangat nak kerjakan, jap jer...keluarkan jer insert dari poket CD bilas jer ngan air. Saya bilas CD & insert kat singki, lebih mudah. setelah siap dibilas saya akan butangkan CD secara terbalik seperti dalam gambar No.3 & 4 bagi tujuan nak jaga material CD tersebut bila nak dibasuh kat dalam mesin basuh selain di masukkan ke dalam laundry net. Kemudian, CD dan insert yang dah siap di bilas, saya akan kumpulkan di dalam 1 baldi kering. Jangan letakkan CD & insert di dalam baldi yang basah atau di rendam.
Kalau CD kena Poo
Ada 2 keadaan saya ber CD nie kalau kena poo, 1 keadaan poo lekat di atas washable liner dah 1 keadaan lagi poo lekat pada CD (microfleece). Ok, saya tunjukkan untuk kedua-dua keadaan.
Poo lekat di Washable Liner
1. Pada gambar No.1, menunjukkan poo lekat pada washable liner. Fungsi Washable liner nie sama seperti nappy liner, cuma bezanya washable liner nie boleh di basuh & pakai semula. Ia juga mudah sangat kering, tak jemur kat panas pun leh kering gak.So, poo hanya lekat sedikit sahaja pada microfleece CD.
2. Gambar No.2, poo pada washable liner di buang dengan menggunakan pancutan air yang deras ke dalam mangkuk tandas. Senang je, tak susah pun, lagipun poo yang melekat pada washble liner mudah terlerai ngan pancutan air yang deras.
3. Gambar No.3, menunjukkan poo yang sedikit jer terkena pada microfleece CD, jadi tak banyak la perlu sental poo pada CD. So, kelebihan menggunakan washable liner nie poo tak meresap pada insert maka insert just basah ngan pee jer.
4. Gambar No.4, menunjukkan CD, insert & washable liner yang dh siap dibasuh ngan tangan sebelum di kumpulkan kat dalam baldi kering.
Senang tak ? ?
Poo lekat pada Microfleece CD
Ha!! nie lak poo yang lekat kat bahagian microfleece CD.
1. Gambar No.1, poo lekat kat microfleece CD.
2. Gambar No.2, insert hendaklah dikeluarkan daripada poket CD sebelum poo pada microfleece dibuang.
3. Gambar No.3, menunjukkan insert yang terserap ngan poo yang warna kekuningan.
3. Gambar No.3, menunjukkan insert yang terserap ngan poo yang warna kekuningan.
4. Gambar No.4, dengan pancutan air yang deras, saya buang poo ke dalam mangkuk tandas seperti cara yang sama saya lakukan untuk poo yang terlekat pada washable liner. Ianya pun mudah terlerai ngan pancutan air yang deras.
5. Gambar No.5, menunjukkan setelah saya buang poo ke dalam mangkuk tandas saya gosok & bilas lagi agar nampak lebih bersih & tidak terlalu kuning.Insert pun saya gosok & bilas gak.
5. Gambar No.5, menunjukkan setelah saya buang poo ke dalam mangkuk tandas saya gosok & bilas lagi agar nampak lebih bersih & tidak terlalu kuning.Insert pun saya gosok & bilas gak.
6. Gambar No.6, menunjukkan CD & insert yang dah selesai di basuh ngan tangan. Memang nampak kekuningan kan...
*** So, jangan risau... kekuningan pada CD & insert insyallah akan hilang jika di jemur pada sinaran matahari ***
Maka, tu la 2 keadaan jika CD terlekat poo. Terpulang pada anda semua cara mana yang anda pilih, tapi saya rase lebih mudah gunakan washable liner untuk CD yang terkena poo. Kadang2 saya pun tak letak washable liner pada CD so, terkena gak poo & kekuningan gak la bahagian microfleece CD & insert tu... hehehehe...tapi, sekali lagi saya ingatkan jangan risau pasal kuning tu, ia akan hilang jika dijemur pada pancaran matahari.
CD YANG DI KUMPUL DALAM BALDI
Ok.. gambar kat bawah nie, CD yang saya kumpul dalam baldi kering (jangan rendam CD ye,jika tak mau basuh lagi kerana boleh menjejaskan kadar serapan insert dan boleh menyebabkan CD berbau busuk). Selok2nya gunakan baldi yang bertutup , tapi saya tak tutup baldi yang saya kumpulkan tu sebab saya letakkan di luar bilik air.Biasanya saya akan basuh 2 hari sekali atau 3 hari sekali, nampak banyak sikit nak masukkan dalam mesin basuh. Ingat jangan biarkan CD yang dikumpulkan tu lebih dari 3 hari ye...
PROSES NAK BASUH CD DALAM MESIN BASUH
nie adalah sabun terkini yg saya gunakan
Ok, dah 2 @ 3 hari CD yang terkumpul boleh la di basuh kat dalam mesin basuh, nampak banyak sikit dalam mesin basuh yang besor nie. CD yang saya terbalikkan akan saya asingkan ngan laundry net manakala insert pula saya akan masukkan ke dalam mesin basuh sahaja. Laundry net yang saya gunakan jenis laundry net yang murah je...
Ok, dah 2 @ 3 hari CD yang terkumpul boleh la di basuh kat dalam mesin basuh, nampak banyak sikit dalam mesin basuh yang besor nie. CD yang saya terbalikkan akan saya asingkan ngan laundry net manakala insert pula saya akan masukkan ke dalam mesin basuh sahaja. Laundry net yang saya gunakan jenis laundry net yang murah je...
Gunakan sedikit sahaja sabun, hanya 1/4 daripada sukatan sabun biasa. Maknanya untuk kain biasa yg sebanyak itu anda gunakan 1 sudu, jadi utk CD hanya gunakan 1/4 (suku) sahaja...
Gunakan sabun yang tidak berenzim, tidak berpeluntur (pemutih) dan tiada pelembut (seperti softlan). Biasanya sabun serbuk yang murah seperti top,daia, trojan & harimau kuat. Pengalaman saya, sekarang saya menggunakan sabun serbuk top. Sebelum ini saya menggunakan sabun daia, didapati kulit baby saya tak tahan, timbul kemerahan pada kelengkang baby saya sehingga melecet, kesian dia...cuak gak masa tu & berpendapat tak elok pakai CD. Tetapi setelah di siasat baby saya tak sesuai pakai sabun daia & mungkin masa tu saya letak pada kuantiti yang banyak, ya la nak buat CD tu wangi kan, tapi akibatnya punggung baby yang merah. So, sehingga sekarang saya guna sabun top jer, tu pun 1 paket dh hampir 5 bulan tak habis2 lagi. Selain itu gak, kalau nak pakai sabun yang agak mahal sikit leh gak contohnya Pureen HAD, rasenya ramai gak pakai jenama nie...
Ok lepas nie tugas mesin basuh la jalan kan tugasnya sehingga selesai, senang kan??
CD YANG DAH SELESAI DIBASUH
Oleh kerana saya duk kat kuarters kat tingkap bilik jer la dapat saya jemur sebab matahari pun terpancar kat kawasan tu. Tapi, CD boleh gak kering & insert yang kekuningan tu boleh gak hilang. Tapi, lambat sikit kering la jika waktu musim hujan...hiks...so, kena la kumpul koleksi CD lebih banyak sikit. Biasanya kalau musim hujan & tak leh kering saya akan letakkan CD & insert kat bawah kipas siling, boleh kering gak...
Washable liner lak, saya tak perlu pun jemur kat sinaran matahari dapat kering ngan mudah begitu gak ngan CoolaBaby Wetbag yang saya gunakan.
So, tu la serba sedikit pengalaman & maklumat yang dapat saya sampaikan pada anda semua. Happy cloth diapering !!! seperti Baby Aira kat bawah nie... CUTE TAK ??
** BaBy AiRa **
:-) SELAMAT MENCUBA :-)
ikhlas dari :
AZCutieKidsShoppe
salam kenal,
ReplyDeletesaya dulu pakai sabun lampin cap tesco. tp saya dapati lampin saya tak bersih kalau letak sedikit dan mudah pulak mold tumbuh kat insert. so, tukar kpd sabun top jugak kaler kuning. mmg pakai tu pun utk cuci baju semua. ok la, setakat ni takde masalah mcm dulu. cumanya, masa mencuci tu saya masukkan sedikit sabun cuci pinggan. kalau tak mudah sgt ada detergent build-up.
utk bilas CD pulak, CD yg kena kencing saya tak bilas pun. just keluarkan insert, terus letak dlm bin. yg ada najis mmg sembur dulu la kat toilet. sebelum basuh ngan sabun, saya akan on satu kitaran tanpa sabun utk membilas semua sekali - buang semua kencing dan baki najis (on mesin, satu kitaran bilas dan perah, stop). pastu baru mula semula dgn sabun, utk cuci mcm biasa :) lebih jimat air mcm ni. wallahualam..
w'salam...
ReplyDeletetq lawat blog aza..lynn atas komen tu...ye, semua tu pengalaman masing kan...
sbnarnya pakai cd nie kdg2 kena try & error kan... sama2 la kite berjimat & jaga alam sekitar kite...pencemaran semakin berleluasa...